Wednesday, 2 September 2020

𝕄𝔼ℕ𝔻𝔼ℝ𝕄𝔸 𝔻𝔸ℝ𝔸ℍ

Sini siapa-siapa yang pernah menderma darah ? Apa pengalaman kamu semasa dan selepas menderma darah ? Bagi saya , memang saya suka menderma darah sebab dia boleh kasi turun berat badan kita 😂 JK . Tapi betul la apa yang saya cakap ni . Lagi pun menderma darah memang bagus lah untuk kita 'renew' darah kita setiap 3 bulan . 


Tapi bukan semua boleh menderma darah ah . Kalau kurang darah dalam badan tidak boleh menderma ah . Takut nanti pengsan . Sini saya kasi list kriteria-kriteria yang layak menderma darah ah . Contohnya :

1. Sihat tubuh badan

2. i) berumur di antara 18-65 tahun yang pernah menderma 

    ii) berumur di antara 18-60 tahun yang pertama kali menderma

    iii) berumur 17 tahun (perlu ada kebenaran daripada ibu bapa/penjaga)

3. Berat badan 45kg ke atas

4. Tidur minimum 5 jam

5. Bebas daripada alkohol selama 24jam sebelum menderma

6. Sudah makan sebelum menderma

7. Tiada masalah kesihatan

8. Bagi penderma wanita; tidak datang haid, tidak mengandung, tidak menyusukan anak.


Berikut adalah contoh yang LAYAK saja ah . Kamu boleh baca full kriteria dia di laman web

https://www.pdn.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=168&Itemid=225&lang=ms

Menderma darah ada kebaikan dia tau . Mau tau apa ? Bagus kamu pg menderma sekarang . Ada tu 'Jadual Keistimewaan Rawatan Penderma Darah' di belakang buku derma darah tu ❤



SEMOGA BERMANFAAT !